Sabtu, 25 Agustus 2012

RESEP kue atau makanan: RESEPI PUDINGRESEPI PUDING ROTI Bahan-bahan :-2...

RESEP kue atau makanan: RESEPI PUDINGRESEPI PUDING ROTI

Bahan-bahan :-
2...
: RESEPI PUDING RESEPI PUDING ROTI  Bahan-bahan :- 2 cawan susu 1/4 cawan mentega 2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang ...  <div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://freewidget.info/izafullmusik/30.5%20Payphone_(feat._Wiz_Khalifa)(www.fullmusik.net).swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="maroon 5 ft wiz khalifah - payphone@fullmusik" width="180" height="70"></embed></div>




RESEPI PUDING

RESEPI PUDING ROTI 

Bahan-bahan :-

2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)

Cara penyediaan :-

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.
Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.
Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.
Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.
Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.


Sos Puding Roti :-


1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.


PUDING BUAH KOKTEL

(resepi utk 2 loyang 10' x 10')
Bahan2 :-

2 bungkus agar2 strip
2.8 liter air
4 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
(tepung kastad & tepung jagung ni dibancuhkan dengan sedikit susu cair)
1 sudu kecil esen vanila (jika suka)
Gula secukup manis (lupa nak sukat... tp agak2 dlm 3 senduk plus plus kot... not too sure... so rasa2lah ikut selera sendiri)
1 tin susu cair
1 bekas nata de coco perisa asli (toskan airnya)
1 tin buah2an koktel dlm tin

 Cara2 membuatnya :-
1.  Basuh agar2 strip kemudian toskan. Masukkan dlm periuk & tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar2 larut sepenuhnya sambil dikacau2 sentiasa.
2.  Bila agar2 dah larut, masukkan gula. Kacau2 hingga gula larut.
3.  Tuangkan susu cair diikut bancuhan tepung kastad & tepung jagung tadi sambil sentiasa dikacau2.
4.  Biarkan seketika sambil dikacau2. (rasakan jika suka lebih manis boleh tambah gula).
5.  Sediakan 2 tray yg sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau2 sikit nata de coco tadi agar tak berkumpul satu tempat.
6.  Biarkan puding sejuk & keras sikit kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk. 

7.  Semasa menghidang.. tuangkan buah2an koktel bersekali dengan sirapnya..

PUDING KARAMEL

 (untuk saiz loyang 10") 
Bahan2 :-

¾ cawan gula pasir
10 sudubesar air panas
10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar

Cara2 menyediakannya :-

1.  Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air.
2.  Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi.
3.  Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata.
4.  Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati.
5.  Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau.
6.  Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Then kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras.
7.  Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan 
yg sesuai.

PUDING MARBLE

Bahan-bahan ( satu loyang ) :-

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :-

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
  7. Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.
  8. Versi pelangi
videokeman mp3
In the End – Linkin Park Song Lyrics